skip to Main Content
Ulser Kaki Diabetik

Benarkah pengambilan madu asli boleh memberi tindak balas positif terhadap pesakit DFU?

“Ayah saya mempunyai penyakit Diabetic Foot Ulcer (DFU) (ulser kaki diabetik), setakat ni hanya mampu bertahan dengan ubat yang doktor bagi saja. Takut makin merebak dan makin teruk. Pernah dengar orang cakap madu ni bagus untuk penyakit ni tapi saya tak tahu details, boleh terangkan tak?” – Nora, Kedah.

Jawapan : Penyakit ulser kaki yang disebabkan diabetes berpunca daripada pemakanan yang tidak dijaga.

Pengambilan madu adalah berkos rendah dan terapi yang berkesan untuk rawatan DFU (ulser kaki diabetes).

DFU kebiasaannya dirumitkan dengan jangkitan mikrob yang memperlahankan proses penyembuhan.

Selain dari jangkitan kuman, simptom-simptom seperti kesakitan, bengkak dan kemerahan mungkin tidak wujud untuk pesakit diabetik neuropati periferal (kerosakan saraf periferi akibat diabetis) kerana berkurangnya tindak balas imun yang menyulitkan diagnosis.
(Rujukan : “Wound healing and its impairment in the diabetic foot,” The Lancet, vol. 366, no. 9498, pp. 1736– 1743, 2005)

Bukti Kajian Sains

Kajian menunjukkan penggunaan madu untuk rawatan ulser vena menghasilkan kesan yang positif dengan kadar penerimaan yang baik daripada para pesakit.
(Rujukan : “Acceptability to patients of a honey dressing for non-healing venous leg ulcers,” Journal of Wound Care, vol. 13, no. 5, pp. 193–198, 2004)

Madu digunakan di dalam pengurusan luka dan ianya berkesan terhadap pesakit dengan luka yang dijangkiti kuman secara lokal, DFU, Charcot foot ulcerations dan keadaan comorbid complex (beberapa keadaan yang wujud bersama) yang gagal diuruskan oleh pihak hospital.
(Rujukan : “Enhancing primary healing post ray amputation in a diabetic patient: efficacy of natural honey,” Journal of Diabetic Foot Complications, vol. 6, no. 1, pp. 13–18, 2014)

Selain itu, terdapat penerimaan dan toleransi yang baik dan trauma yang minima terhadap dasar luka dengan kehadiran madu.

Pastikan madu tersebut adalah madu yang benar-benar asli kerana hanya madu asli sahaja yang boleh memberi tindak balas yang positif terhadap pesakit DFU.

Sayangi lah keluarga tersayang untuk pemakanan yang lebih seimbang.

Untuk dapatkan madu asli yang lebih terjamin, boleh dapatkan di bawah:



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!