skip to Main Content
Madu Merawat Luka

Madu menggalakkan pengaktifan plasminogen tidak aktif di dalam matriks luka.

Adakah madu boleh menyembuhkan luka seperti terkena pisau atau terjatuh? Atau kecederaan semalam melakukan aktiviti luar, kulit terbakar, ekzema, gigitan serangga dll.

Penggunaan madu dalam rawatan luka atau kecederaan adalah sangat berkesan dan memberi tindak balas yang positif terhadap badan.

Madu telah digunakan secara tradisional untuk mengubati

  1. Luka
  2. Gigitan serangga
  3. Kesan terbakar
  4. Angguan kulit (atau penyakit kulit)
  5. Bisul.

Dokumentasi sains berkenaan kemampuan madu dalam penyembuhan luka mengesahkan keberkesanannya sebagai penggalak penyembuhan luka dan agen antimikrob.
(Rujukan : “The evidence supporting the use of honey as a wound dressing,” The International Journal of Lower Extremity Wounds)

Bukti Kajian Sains

Madu menggalakkan pengaktifan plasminogen tidak aktif di dalam matriks luka yang menghasilkan ungkapan enzim proteolytik yang dinamik. Plasmin menyebabkan darah beku dihentikan dan penghancuran fibrin. Ia adalah enzim yang memecahkan fibrin beku dengan tisu-tisu mati terikat di dalam tapak atau dasar luka.
(Rujukan : “Crosstalk between inflammation and thrombosis,” Maturitas)

Bukti klinikal menyokong keberkesanan, pengkhususan dan sensitiviti madu di dalam penjagaan luka yang menunjukkan prestasi penjagaan luka konvensional dan moden adalah lebih rendah berbanding menggunakan madu.
(Rujukan : “Systematic review of dressings and topical agents for surgical wounds healing by secondary intention,” British Journal of Surgery)

Beberapa kes telah menunjukkan bahawa madu telah merangsang sifat penyembuhan luka walaupun pada luka-luka yang telah dijangkiti kuman yang tidak memberi tindak balas kepada antiseptik ataupun antibiotik dan luka yang telah dijangkiti dengan bakteria tahan antibiotik, seperti bakteria Staphylococcus aureus yang tahan methicillin (MRSA) (Natarajan et al. 2001).

Madu juga membantu autolytic debridement (proses pembuangan tisu-tisu mati menggunakan enzim) dan mempercepatkan pertumbuhan tapak luka bergranul yang sihat.
(Rujukan : , “A prospective randomised clinical and histological study of superficial burn wound healing with honey and silver sulfadiazine,” Burns)

Malodor adalah satu ciri am luka parah yang disebabkan oleh spesis bakteria anaerobik (bakteria yang tidak memerlukan oksigen) yang tergolong dalam kumpulan Bacteroides spp. Dan peptostreptococcus spp.
(Rujukan : The Control of Wound Malodour with Honey-Based Wound Dressings and Ointments)

Sebatian malodourous seperti ammonia, amines dan sulfur adalah dihasilkan oleh bakteria ketika metabolism asid amino daripada serum yang reput dan tisu-tisu protein. Sebatian ini digantikan oleh asid laktik ketika madu membekalkan sejumlah besar glukos, satu substrat yang dimetabolasikan oleh bakteria bukan asid amino.
(Rujukan : , “A summary of published clinical research on honey in wound management,” Honey: A modern wound management product)

Kesan teraputik (perasaan yang gembira dan selesa) yang diperhatikan selepas penggunaan madu termasuk penyembuhan pantas, pembersihan luka, menghilangkan jangkitan kuman, menghasilkan semula tisu, mengurangkan radang dan meningkatkan keselesaan ketika proses balutan luka kerana kurangnya tisu yang melekat.
(Rujukan : “Why honey is effective as a medicine: 2. The scientific explanation of its effects,” Bee World, vol. 82, no. 1, pp. 22–40, 2001)

Madu terbukti mampu merawat luka dan penyakit kulit yang lebih berkesan. Dengan bahan organik dan tanpa campuran bahan kimia dalam perubatan menjadikan madu adalah jauh lebih selamat digunakan dalam rawatan luka dan kecederaan seisi keluarga.

Madu yang disarankan oleh ahli perubatan boleh didapati dalam pautan di bawah:



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!