skip to Main Content
Luka Di Tangan

Ternyata Madu Sidr Dapat Mengeringkan Luka Baru

Hai Assalamualaikum, mesti korang tak sabar nak tahu kan? Macam mana madu boleh sembuh luka Damia time Damia potong daging raya korban hari tu.

Cerita dia macam ni, biasa la hari raya korban tahun ni, Damia turn Damia balik kampung husband. So, sebagai menantu nak tunjuk teror la kononnya. Alhamdulillah tahun ni, husband Damia masuk 1 bahagian untuk Damia di kampung. Excited gile tahun ni raya. Alhamdulillah.

Damia tengok sendiri macam mana suami Damia tumbangkan lembu, tengok dio orang lapah. Husband Damia tak bagi Damia dekat. Katanya, ini kerja orang-orang lelaki. “Heyy, ingat orang perempuan ni tak boleh buat kerja lelaki ke” dalam hati jer cakap. Haha.

So husband Damia, lepas jer kerja-kerja lapah, dia ada la bagi daging untuk bawa balik ke rumah, Damia pun ambil dan bawa balik ke rumah. Mertua Damia, pesan dah, nak potong daging kena guna pisau yang besar, tapi Damia just guna pisau biasa ja. Pendek cerita pisau yang tumpul lah. Mula-mula potong oke lagi, dah banyak kali bersilat-silat dengan daging. So, kena la daging sendiri terkenanya pisau kat isi tangan.

So lepas ja kena tu, cepat-cepat bagitau mertua Damia. Yang Damia peliknya guys, mertua Damia selepas sahaja mertua suruh basuh luka tu, mertua damia suruh ambil madu sapu perlahan pada luka di tangan tu. Mahu tak peliknya Damia, selalunya basuh jer luka tu Damia akan lilitkan plaster luka. Tapi Damia follow jer mertua Damia kata.

Selepas sapu ja madu tu kat luka, luka Damia macam berdenyut-denyut, lepas beberapa jam, darah tu jadi macam beku tau. Lepas kering ja, Damia pergi basuh tempat luka tu dengan air suam, kemudian Damia dapat rasa darah dah berhenti keluar dan luka tu nampak seakan kering.

Damia pelik guys!!! Madu apa yer mertua Damia kasi, luka boleh kering tu. Damia pergi la tanya. “Mak nak tanya, tadi tu mak bagi madu apa ya sapu kat tangan Damia?”. Mak Damia pun balas “Oh yang tadi tu ke, mak kasi kat kau Madu Sidr, mak beli kat sorang ustaz nih..”. Dengar jer madu sidr Damia terus pergi kat botol madu tu then rasa. Fuh memang madu ni lain daripada yang lain. Damia pun ambil satu sudu makan sebelum tidor, memang rasa dia PURE lah. Bukan sedap jer, kegunaan luar pun berkesan madu ni.

So itu lah cerita Damia kalau korang nak tahu. Better la kan, Damia syorkan korang ambil madu ni boleh buat makan, boleh buat sapu luka-luka luar berbanding ubat sapu luar yang ada steroid tu. InshaAllah. So sekarang ni, Damia akui sememangnya madu memang ada keajaibannya tersendiri. Korang wajib cuba tau. Oke guys, jumpa lagi. Nanti share dengan Damia kisah korang pula okeh. Babai.


Order segera sementara stock masih ada!



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!