skip to Main Content
Kesihatan Oral (Mulut)

Bagaimana sains membuktikan madu merawat setiap inci dalam mulut anda dan orang yang tersayang?

Bukti Kajian Sains

Madu berguna untuk rawatan pelbagai penyakit mulut termasuk penyakit periodontal, stomatitis dan halitosis.  Madu digunakan sebagai pencegahan kepada plak gigi, gingivitis, ulser mulut dan periodontitis. Unsur anti-bakteria dan anti-radang madu mampu merangsang pertumbuhan tisu granulasi, ini membaiki sel-sel yang rosak.
(Rujukan : “Honey and wound dehiscence: a study of surgical wounds in the mandibular bed,” Nigerian Journal of Clinical Practice)

Porphyromonas gingivalis adalah sejenis bakteria Gram-negatif yang menyebabkan periodontitis. Madu memberikan aktiviti antimikrob terhadap bakteria anaerobik ini dan menghalang penyakit periodontal.
(Rujukan : “Honey–a potential agent against Porphyromonas gingivalis: an in vitro study,” BMC Oral Health)

Radang terhadap membran mukus di dalam mulut (stomatitis) boleh mendorong kemerahan dan pembengkakan tisu oral dan menyebabkan ulser yang jelas dan sangat pedih. Madu tembus ke dalam tisu-tisu dengan sangat cepat dan sangat berkesan terhadap stomatitis.
(Rujukan : “A comparison study on the effectiveness of local honey and salicylate gel for treatment of minor recurrent aphtous stomatitis,” International Medical Journal)

Halitosis adalah satu keadaan kesihatan oral yang menyebabkan bau mulut yang sangat busuk. Kebanyakan bau di dalam kaviti mulut disebabkan oleh aktiviti mikrob yang semakin menurun atau mereput.

Satu kajian terkini telah melaporkan bahawa pengambilan madu memperbaiki halitosis kerana aktiviti  antibakterianya yang kuat terhasil daripada komponen metilglioksal.[5] (Rujukan : “Decrease of halitosis by intake of honey,” General Session of IADR Barcelona)

Bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit pada ruang mulut dan tekak, anda boleh mendapatkan madu untuk merawat dan membantu dalam menyembuhan yang lebih berkesan dalam pautan di bawah



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!