skip to Main Content
Kesihatan Metabolik Dan Kardiovaskular

Bagaimana Sains Membuktikan Madu Merawat Jantung?

Ramai yang tak tahu bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh dunia dan menjadi kerisauan apabila kes ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Setiap hari ada sahaja pesakit stroke yang akan masuk hospital.

Kejadian ini dapat dielakkan dengan pencegahan awal dan dengan pengambilan makanan yang betul. Beberapa kajian sains membuktikan beberapa makanan mampu mencegah penyakit jantung (kardiovaskular) ini dengan lebih awal.

Bukti Kajian Sains

Madu liar semulajadi memberikan pertahanan kardio (jantung) dan impak teraputik (rasa senang dan gembira) terhadap gangguan jantung akibat efinefrin dan vasomotor yang tidak berfungsi. Perhubungan yang harmoni di antara aktiviti penangkapan radikal dan jumlah kandungan phenolik madu telah diperhatikan.
(Rujukan : “Cardioactive and vasoactive effects of natural wild honey against cardiac malperformance induced by hyperadrenergic activity,” Journal of Medicinal Food)

Pengambilan madu menunjukkan penurunan yang ketara dalam faktor-faktor risiko metabolik dan penyakit-penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung).

Madu mempamerkan cardioprotective effects (kesan pertahanan kardio atau jantung) seperti vasodilasi (pelebaran pembuluh darah), menstabilkan homeostasis vaskular dan memperbaiki profil lipid (ujian darah yang dijalankan untuk saringan awal kelainan pada lipid seperti kolestrol dll).
(Rujukan : Sundarban honey confers protection against isoproterenol-induced myocardial infarction in Wistar rats, BioMed Research International)

Flavonoid dalam madu membantu seperti berikut :

  1. Memperbaiki vasodilasi koronori.
  2. Merendahkan kemampuan platelet untuk membentuk gumpalan.
  3. Mencegah pengoksidaan low-density lipoproteins LDL (lipoprotein berkepadatan rendah).
  4. Meningkatkan high-density lipoprotein HDL (lipoprotein berkepadatan tinggi) dan memperbaiki fungsi endothelial.

(Rujukan : Antioxidant properties of honey and its role in preventing health disorder,” The Open Nutraceuticals Journal)

Satu kajian telah dijalankan untuk membandingkan tindak balas metabolik madu telah menunjukkan bahawa kesan kemajuan terhadap sindrom metabolik (MetS).
(Rujukan : Growth and metabolic response of suckling rats fed with natural honey supplements,” Ommega Internations)

MetS dicirikan dengan hiperglisemia, hipertensi, obesiti abdomen, dislipidemia dan peningkatan penyesuaian terhadap diabetes, buah pinggang dan penyakit-penyakit jantung.

Polyphenol di dalam madu menurunkan trauma (luka) atherosklerotik melalui mekanisme kelonggaran pengawalan (downregulation) keradangan dan angiogenik.
(Rujukan : Antiatherogenic and anti-angiogenic activities of polyphenols from propolis,” The Journal of Nutritional Biochemistry)

Satu kajian klinikal yang dijalankan ke atas pesakit-pesakit dengan hiperlipidemia (keadaan di mana kandungan lipid atau lemak yang tinggi di dalam darah seperti kolestrol dan trigliserid) menunjukkan yang madu menurunkan jumlah kolestrol (TC) dan secara jelas mencegah peningkatan kadar plasma glukos. Nitrik oksida (NO) adalah metabolit yang wujud di dalam madu yang juga mempunyai fungsi cardioprotective (pertahanan kardio/jantung).
(Rujukan : Honey for nutrition and health: a review,” Journal of the American College of Nutrition)

Banyak ahli perubatan mencadangkan Madu Sidr Hubbee setelah beberapa kajian dijalankan terhadap madu tersebut. Madu Sidir Hubbee boleh didapati dalam pautan di bawah



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!