skip to Main Content
Keracunan Makanan

Keracunan Makanan Sembuh Hanya Dengan Tiga Sudu Madu Sidr

Hai korang, nurul nak cerita berkenaan cirit birit. Korang pernah kena tak sakit cirit birit yang super dahsyat sangat. Baru-baru ni nurul kena cirit birit tau lepas makan kenduri kat satu tempat ni. Cerita dia macam ni.

Biasa la kalau datang musim cuti sekolah jer, kita rakyat malaysia tak dapat lari daripada jemputan kenduri kahwin yang bertimbun-timbun. Orang melayu kita pula, kalau buat kenduri lauk tu macam-macam jenis ada kan. Ya laa, nak raikan tetamu dengan sepuas-puas jiwa. Dan lagi satu yang ajaibnya, nasi minyak kenduri ni, memang sedap. Nak dapat taste tu kalau buat sendiri kat rumah memang susah dapat kan. Hahaha.. tapi hati-hati kesihatan tetap kena jaga. Tidak, jadilah seperti Nurul hari tu terkena cirit birit.

Time tu cuti sekolah tau, Nurul attend satu tempat kenduri ni. Serious lauk-pauk dia memang the best. Semua juadah yang ada Nurul makan tanpa tinggal satu juadah pun. Sehinggakan ibu nurul pun tegur lah sebab makan banyak. Maybe kena time lapar sangat kot. Kenduri tu di Utara Kedah. Orang Kedah kan masak best-best. Hehe..

Selesai sahaja makan tu, kita orang prepare nak balik rumah dah la. Happy tak terkira la bawa balik perut yang sengkak dahsyat tu. Bila dah kenyang, mula la rasa mengantoknya tu. Alhamdulillah rezeki kan, boleh makan sedap-sedap datang jauh2.

Oke haa ni nak mula cerita cirit birit dah, malam tu around dalam lepas maghrib rasanya nurul rasa tak best sangat kat dalam perut rasa macam senak pun ada, angin pun ada. So nurul ambil minyak angin panas sapu kat perut, oke la sikit. Tapi datang ja tengah malam, Allahuu.. senak tu dia mencucuk-cucuk tau. Tahap air mata nurul pun keluar sebab tengah tahan sakit. So, Nurul pun terus ke toilet. Nurul rasa, nurul terkena cirit birit dah. Duduk lame dalam bilik air. Alhamdulillah selesai jer hajat buang air besar. Nurul rasa sakit lagi sikit. Nurul ke dapur minum air suam. Then, terus pergi baring kat bilik. Lepas 10 minit ja. Sakit tu datang lagi, fuhhh Nurul berlari ke tandas. Membuangg lagi. Allahh sangat2 sakit. Tahap najis keluar air da. Memang memeritkan. Benda yang sama berulang hampir 4 kali nurul ke toilet buang air besar sebelum dapat tidur semula.

Pagi tu Nurul bangun, selesai solat subuh, Nurul rasa letih sangat. Nak makan pun tak selera. Ibu Nurul tegur, “Kau ni dah kenapa Nurul”. Nurul jawab “Rasanya ibu, Nurul kena cirit birit nih ibu..”. Lepas ja jawab macam tu, apa lagi kena beleter la dah semalam makan tak ingat dunia. Haha. Takpe nurul tadah je telinga dengar.

Perkara yang sama pagi tu terjadi macam kisah malam tadi, nurul ulang alik ke toilet untuk buang air besar yang keluar seperti air. Nurul stresss sangat2. Badan nurul rasa macam letih sangat, selera makan nurul makin berkurang. Jadi, ibu nurul bawa gi klinik ambil ubat. Doc beri macam air garam bancuh di rumah minum. Doc risau nurul hidrasi air dalam badan.

Kemudian, arah balik ja daripada klinik, ibu nurul singgah satu kedai barang makanan arab ni, nurul hairan la nak beli apa nih datang sini. Ibu nurul keluar sorang ja cari barang. Selepas selesai beli barang nurul tanya la ibu, “Ibu beli apa tu..” Soal Nurul pada ibu. Ibu jawab, “ibu beli madu sidr dari yemen kat kau laa..”. Nurul pun pelik, madu sidr !!!! Tak pernah dengar pun kan. Nurul ambil botol madu tu tengok. Woww!! Tengok tu macam menarik. Tak pe tunggu balik rumah ja la test.

Macam biasa sampai ja rumah, nurul cari toilet dulu, membuang hajat ler. Selesai ja hajat di toilet tu hehe, nurul ambil madu yang ibu beli tadi tu. Tengok atas bawah depan belakang Nurul pun botol tu. Ibu pesan, esok pagi sebelum kau makan ape-ape tu, makan madu ni. So nurul pun tunggu la esok pagi nak try madu sidr tu.

Madu Hubbee Boleh didapati dalam beberapa pakej

Madu Hubbee Boleh didapati dalam beberapa pakej


Esok pagi tu, sebelum subuh Nurul bangun. Siap-siap diri semua solat jemaah dengan family, ibu nurul suruh pergi ambil madu tu makan satu sudu, jadi nurul pun pergi makan macam mana ibu suruh. Sakit tu masih lagi dok ada sikit-sikit. Seharian penuh tu dok rasa sakit lagi. Ubat klinik tu langsung nurul tak sentuh. Malam hari yang sama sebelum tidur nurul ambil lagi satu sudu tau, sakit tu dah makin berkurang Alhamdulillahh.. tapii pukul 1 pagi perut nurul rasa macam ada gangster bergaduh. Jadi nurul terus berlari ke toilet, membuangg terusss.. dekat 10 minit kali ni dalam toilet. Memang rasa macam ehh aku ni kenapa lama sangat membuang ni. Then, selesai ja urusan dalam toilet, macam biasa nurul pergi minum air suam di dapur dan terus masuk tidur.

Bangun pagi tu, nurul rasa eh lain laa. Sengal-sengal perut dah rasa kurang. Jadi nurul ambil macam biasa juga madu sidr satu sudu setiap pagi. Seharian tu memang rasa lain, sakit tu dah makin kurang. Bilik air dah kurang terjah dah. Ibu nurul pun rasa, nurul dah kurang ke toilet da. Selera makan tu dah makin ada Alhamdulillah. So malam tu macam biasa juga, nurul ambil satu sudu juga sebelum tidur.

Malam tu dah tak ada pergi toilet da, bangun pagi tu, nurul masih ambil madu sidr tu satu sudu. Alhamdulillah happy sangat dah tak rasa dah sengal yang menikam, dalam perut. Korang nurul nak nasihat la ye, jangan jadi macam nurul makan kenduri tu makan sampai tak ingat dunia. Dan pemilik catering lepas ni make sure masakan tu bersih supaya tidak zalimkan orang yang makan masakan tu. Apa pun, nurul say thanks to ibu sebab kenalkan nurul dengan madu sidr yang sedap gile ni, rasa dia memang 5 bintang. Padu gile serious, tak sama macam madu lebah yang nurul pernah try sebelum ni. So korang yang baca ni wajib try mana tahu korang juga jatuh cinta pada madu sidr ni macam mana nurul jatuh cinta. Ibu nurul pesan, jangan tinggal minum madu hari-hari, khasiat madu ni tinggi dan hebat. So kita kena sentiasa amal makan madu sebagai makanan harian kita macam nurul praktik sekarang.

Thanks guys sudi baca kisah nurul nih, nanti kita jumpa lagi okeh. Assalamualaikum..



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!