skip to Main Content
Hati Dan Penyakit Pankreas

Madu mempamerkan aktiviti antioksidan untuk perlindungan terhadap hati yang rosak.

Pernah dengar penyakit hati? ini sakit hati biologi.. bukan sakit hati sebab dengki dengan sapa-sapa.. Kerosakan hati ini adalah adalah disebabkan lemak atau asid yang berlebihan dan boleh memberi kesan sakit yang lebih kronik. Macam mana nak rawat?

Madu membantu untuk melegakan kesakitan, menyeimbangkan sistem hati dan meneutralkan toksin-toksin. Komplikasi di dalam sistem hati boleh dikaitkan kepada kerosakan oksidatif.

Madu mempamerkan aktiviti antioksidan yang mempunyai potensi kesan perlindungan terhadap hati yang rosak.

Bukti Kajian Sains

Satu kajian terhadap hati tikus yang rosak disebabkan paracetamol menunjukkan yang antioksidan dan aktiviti hepatoprotektif madu mengurangkan kerosakan hati.
(Rujukan : “Antioxidant and hepatoprotective activity of Vitex honey against paracetamol induced liver damage in mice,” Food & Function)

Madu yang mempunyai nisbah fruktos dan glukos 1:1 boleh membantu menyokong kadar gula di dalam darah yang lebih baik. Ini berguna untuk mereka yang menderita disebabkan penyakit hati berlemak (asid lemak di hati) kerana ia memberi simpanan glikogen yang cukup di sel-sel hati.

Simpanan glikogen yang tidak mencukupi di dalam hati membebaskan hormon stress yang mencacatkan metabolisme glukos dengan bertambahnya masa.

Metabolisme glukos yang terjejas membawa kepada penolakan insulin dan ini adalah sebab utama penyakit asid hati berlemak. Satu kajian lagi menunjukkan penurunan dalam kadar kandungan glukos dalam darah selepas rawatan dengan madu Tualang.

Sebab itu madu yang berkualiti sangat disarankan oleh ahli perubatan untuk diamalkan. Antara yang terbukti madu yang menunjukkan mempunyai kualiti perubatan yang tinggi adalah madu sidir Yaman oleh Food Algriculture Organisation (FAO). Boleh layari pautan di bawah untuk memiliki:



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!