skip to Main Content
Dispepsia, Gastritis Dan Ulser Peptic

Kajian membuktikan madu sebagai perencat yang kuat untuk gastritis dan agen penyebab ulser peptik.

“Selalu susah nak tidur atau nak buat kerja sebab pedih ulu hati dan kadang-kadang rasa pening. Ada kawan cakap benda tu biasa, takda apa-apa pun.. tapi saya risau lah juga kalau-kalau ada penyakit tertentu..” – Norman Haris, Johor.

Jawapan : Kalau badan rasa tak sihat, sangat digalakkan berjumpa doktor dan amalkan pemakanan yang sihat. Tanda-tanda yang disebutkan tu ada kemungkinan mengidap sakit dispepsia, Gastritis dan Ulser Peptic.

Dispepsia adalah penyakit kronik di mana organ-organ GI terutamanya perut dan bahagian pertama usus kecil berfungsi secara abnormal.

Kenali Simpton:

Ia adalah satu penyakit yang menyebabkan simptom-simptom seperti kesakitan epigastrik, pedih ulu hati, kembung perut dan mual-mual.

Dispepsia adalah simptom awal kepada ulser peptik yang akhirnya boleh menyebabkan kanser. AWAS!

Gastritis merujuk kepada iritasi dan keradangan pada lapisan dinding perut.

Ulser peptik merujuk kepada penghakisan atau luka pedih pada lapisan perut atau duodenum.

Bukti Kajian Sains

Madu telah dikenalpasti sebagai perencat yang kuat untuk gastritis dan agen penyebab ulser peptik, Helikobakter pilori (H. pylori).
(Rujukan : “Gastroprotective effects of dietary honey against acetylsalicylate induced experimental gastric ulcer in albino rats,” Life Science Journal, vol. 13, no. 1, 2016)

Tinjauan klinikal telah menunjukkan yang madu menurunkan perembesan asid gastrik dan meningkatkan kesan penyembuhan. Maka, madu diambil sebagai makanan tambahan kerana sifatnya yang antibakteria dan kesan pertahanan.
(Rujukan : “Gastroprotective effect of honey and bee pollen,” Experimental & Clinical Gastroenterology, vol. 9, p. 72, 2014)

Kandungan gula yang tinggi dan rendah pH di dalam madu adalah hasil perubahan glukos oksidatif kepada asid glukonik oleh glukos oksidase.

Mekanisme ini membebaskan hidrogen peroksida yang berperanan sebagai agen antibakteria. Glukos oksidase juga bertindak terhadap fibroblas dan pengaktif sel epithelial yang diperlukan dalam penyembuhan ulser yang disebabkan oleh H.pylori.

Sebaiknya amalkan makan madu setiap pagi sebelum sarapan dan ambil pemakanan yang sihat. Sebagai lelaki adalah penting untuk menjaga kesihatan kita demi keselamatan keluarga yang lebih terjamin dan selamat.

Boleh cuba amalkan madu sidir Hubbee di bawah sebagai permulaan dan amalkan bersama keluarga tersayang.



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!