skip to Main Content
Demam

Demam 40.8 °C Kebah Selepas 3 Hari Amalkan Madu Sidr

Sebut ja pasai demam, tipulah semua orang tak biasa kene kan. Dengan cuaca negara kita yang kejap hujan, kejap panas nih. Confirm majoriti korang pernah rasa demam. Demam panas, demam campak la dan macam-macam lagi. Nama aku jefri, boleh panggil jef. Sebelum aku nak cerita pasal pengalaman ngeri demam aku ni, aku nak ucap terima kasih sebab korang antara yang sayang badan korang sebab nak consume makan madu.

Aku antara  manusia yang tak makan madu, tak lalu nak makan madu. Tapi ini cerita pengalaman aku demam sampai kena tahan wad, sebab bacaan suhu badan memang tinggi. So daripada tak lalu makan madu, aku jadi manusia terpaksa makan madu, tapi sekarang aku sudah jatuh cinta dengan madu sidr sekarang.

Cerita dia macam ni, aku naik moto dalam hujan. Hujan boleh aku kata di sini agak lebat. Sampai rumah agak lewat malam. Aku sampai ja rumah dengan badan yang letih sangat kan, aku tukar baju dan aku terus terlelap dalam bilik aku. Selalu orang kata kalau kena hujan, balik rumah tu cepat-cepat pergi mandi kan. Tapi aku tak mandi yang nak dijadikan cerita tu.

Jadi bangun ja esok pagi tu, aku dah mula rasa sengal-sengal kat sendi aku. Tapi aku relax lagi, boleh pergi keje pagi tu. Alhamdulillah. Ha part ni yang bermula segalanya kisah demam aku. Sampai ja tengah hari, kepala aku rasa berat. Aku geleng kepala sikit, kepala aku pening. Kawan sekerja aku ajak lunch pun aku tak dapat nak follow, sebab badan jadi letih, mulut rasa pahit-pahit. Aku tahan jaa sampai habis time keja aku. Habis jer time kerja, aku terus start moto dan balik rumah terus.

Sampai ja rumah aku terus pergi mandi, fuhhhhhhhhhh..sentuh ja air aku rasa meremang satu badan. Hahhh sudahh, dah kenapa aku ni. Aku tanya kat diri aku. Badan aku makin tak de tenaga, selera makan makin berkurang. Aku call kawan aku, minta tolong dia bawa aku pergi ke klinik sebab aku memang total lost tenaga nak bawa moto sendiri gi klinik. Jadi kawan aku datang dengan kereta. Sedikit demi sedikit batuk dan selesema itu datang. Naik ja dalam kereta yang ada angin aircond tu, badan aku mula menggeletar. Allahhh, aku ingat kenapa aku ni. Nak mati dah ke? Aku jernihkan pemikiran aku. Badan aku letih sangat.

Sampai jer klinik, kawan aku pergi ambil wheelchair. Aku naik atas wheelchair tu. Then, tunggu sampai giliran rawatan aku di panggil. Pummm!! No. 37 bilik 2 aku dengar. Terus kawan aku tolak aku masuk dalam bilik doktor. Doktor pun check la tahap kesihatan aku. First doktor check suhu badan aku. Huhhhh!! 40.8 C. Sangat-sangat tinggi doktor kata. Then doktor buat surat kat aku untuk buat rawatan lanjutan ke hospital. Aku dah cuak dah time tu dengar perkataan hospital. Aku redha ja la. Selamat la ada kawan aku, boleh tolong aku. So aku pun, terus ke hospital terdekat untuk terima rawatan lanjutnya.

Sampai ja hospital, kawan aku beri surat klinik tadi tu dekat kaunter pendaftaran, terus team hospital tu sediakan katil kat aku kemudian dio orang tolak bawa masuk dalam bilik. Doktor pun check macam-macam gaya. Jantung la, darah la, aku cuak sangat time tu. Tapi luar ja nampak cool. Haha. So doktor tahan aku kat dalam wad sebab disyaki aku ada jangkitan kuman. Huhh, dengar jaa doktor cakap macam tu risau aku tu melambung tinggi. Aku suruh membe aku call keluarga datang teman aku kat hospital. So mak aku, dari utara mai teman jaga aku di hospital. Alhamdulillah.

Suhu badan aku still tak turun, doktor kata suhu badan tinggi ni bahaya, kadang-kadang ada setengah orang dia boleh jadi penyakit tarik atau sawan. Aku pun tawakkal ja la. Doktor kata kat aku banyakkan minum air kosong. Mak aku apa lagi, mula risau dia tu jelas nampak kat wajah seorang ibu. So, keesokan harinya, ayah aku datang dengan adik aku. Aku pendekkan kisah, ayah aku bagi hadiah kat aku. Ayah aku kata “Nah ni hadiah untuk hang jeff, ayah beli kat hang makan..”. Ahh sudah, benda apa pula dalam hati aku kata, ingat kotak handphone. Haha. Aku pun buka la plastik tu. Buka ja plastik, tertera atas botol tu tulis, “Madu Sidr Yemen”. Terus aku tolak, ya laaa aku bukan jenis makan madu. Lepas tu ayah aku kata “Kalau hang nak sihat, suhu badan hang turun, nak keluaq hospital, hang wajib makan madu ni, hang dengaq cakap aku. Aku ni ayah hang..” huhhh.. aku rasa serious macam kena paksa. So aku pun taat dan dengar cakap ayah aku tu. Dia suruh makan kan. So, mak aku pun bagi la aku makan.

 


Dua cara mak aku bagi aku makan, pertama, waktu pagi satu sudu mentah-mentah telan. Yang kedua, waktu malam, mak aku bancuh dengan air suam campur perahan lemon. Huhh itu memang sedap. First day aku amal, pagi tu oke lagi. Malam tu, mak aku bancuh. Lepas 5 minit aku minum, badan aku berpeluh dia lain macam ooo. Aku rasa tak selesa nak tidur malam  tu. Esok tu mak aku buat benda yang sama. Malam hari kedua tu, aku muntah keluar kahak hijau. Huhh, memang padu kahak tu. 3 hari repeat makan madu yang sama. Hari ke-3 tu Doktor datang check, doktor kata “Tahniah jef, suhu badan awak dah makin menurun, saya dengar batuk awak pun dah berkurang, kalau macam ni, esok mungkin dah boleh balik..” seronok laa dengar-dengar doktor kata macam tu. Aku peluk mak aku. Huhh syukur. Dah nak boleh balik rumah. So esok tu aku boleh balik rumah. Badan aku makin sihat dan bertenaga.

Mak aku pesan sampai-sampai rumah, “Jeff hang pi mana pun jangan lupa, makan madu ayah hang bagi ni hari-hari, ni madu sidr dari Yemen. Kalau hang nak tau mak dengan ayah hang dok amal makan hat ni la dari dulu. Hang ja ketegaq (Degil) tak mau makan..” betul lah, Alhamdulillah aku syukur. Memang madu sidr ni ajaib Allah anugerah. Daripada aku demam teruk suhu tinggi melangit, sekarang ni aku rasa dah makin sembuh. Selera makan dah makin baik, batuk pun dah berkurang. Start daripada tu aku search, kebaikkan madu sidr. Fuhhh!!! Memang sangat teruja apa yang aku jumpa. The best Honey in the world kot dapat pengiktirafan dunia. Subhanallah. So, start daripada tu aku jadikan madu ni sebagai makanan harian pagi aku. Korang patut try, bagi yang tak lalu madu tu, cuba suka makan madu. Madu sidr ni sedap, rasa dia lain. Lepas try, aku rasa korang suka punya. Make sure beli yang Asli oke. Oke itu ja cerita aku nak share, pasal demam aku sampai warded. Haha. InshaAllah lepas ni aku makin yakin dengan tahap kesihatan aku lepas amal makan madu sidr ni hari-hari. Tq mak. Tq ayah..


Order segera sementara stock masih ada!



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!