skip to Main Content
Bisul Di Badan Boleh Mengancam Nyawa

Bagaimana kajian sains membuktikan madu mampu merawat sakit bisul?

Benarkah bisul boleh membawa maut?

Berikut ulasan lanjut oleh Pakar Perunding Dermatologi UiTM Private Specialist Centre ( UPSC), Dr Tarita Taib:

Proses pembuangan nanah perlu dilakukan oleh doktor.

Bakteria seperti Stafilokokus aureus (S. aureus) yang sentiasa mencari peluang untuk memasuki badan ‘mangsa’ menerusi permukaan kulit yang luka dan merekah. Jika tidak ditangani dengan amalan kesihatan yang baik, dalam kes tertentu, bakteria daripada bisul berkemungkinan besar menjadi serius hingga menyebabkan keracunan dalam darah (septisemia) dan boleh mengancam nyawa.

“Punca bisul biasanya disebabkan jangkitan bakteria kuman biasanya S. aureus yang merebak. Jika tidak dirawat dengan sewajarnya, septisemia disebabkan bakteria itu boleh masuk ke aliran dalam darah dan menjangkiti organ lain termasuklah tulang dan injap jantung.

“Jangkitan ini merebak ke mana-mana organ penting, dikhuatiri ia boleh mengancam nyawa khususnya apabila pesakit menghidap komplikasi lain termasuklah kerosakan buah pinggang dan hati,” katanya.
(Rujukan : https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/08/489601/bisul-boleh-ancam-nyawa-metrotv)

Kajian Klinikal Madu Terhadap Bisul

Madu telah digunakan secara tradisional untuk mengubati luka, gigitan serangga, kesan terbakar, gangguan kulit, luka dan bisul. Dokumentasi sains berkenaan kemampuan madu dalam penyembuhan luka mengesahkan keberkesanannya sebagai penggalak penyembuhan luka dan agen antimikrob.
(Rujukan : “The evidence supporting the use of honey as a wound dressing,” The International Journal of Lower Extremity Wounds)



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!