skip to Main Content
Antioksida Dalam Madu Sidr

Apakah kandungan antioksida dalam Madu Sidr berbanding madu yang lain?

Apakah itu antioksida?

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kita boleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.

Di manakah antioksida boleh ditemui?

Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran. Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran, madu dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:

  1. Beta karotena

Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.

  1. Lutein

Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.

  1. Likopena (Lycopene)

Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.

  1. Selenium

Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.

  1. Vitamin C

Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis, lada hijau dan juga madu. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

  1. Vitamin E

Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.

Apakah faedah serta kebaikan antioksida?

Penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengenal pasti faedah antioksida kepada kesihatan manusia. Masih belum terdapat bukti bagi faedahnya, dan bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.

Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik, walaupun kajian percubaan klinikal yang lebih besar tidak dapat mengesan sebarang faedah. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya.

Rujukan :http://www.myhealth.gov.my/en/antioksida/

Apakah kandungan antioksida  Madu Sidr berbanding madu yang lain?

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, terbukti kandungan antioksidan di dalam madu Sidr yang berasal dari Yemen lebih tinggi dari beberapa jenis madu yang lain di seluruh dunia seperti Madu Sumur yang juga dari Yemen. Beza madu Sidr berasal dari nektar pokok Sidr dan Madu Sumur dari nektar pokok Acacia.

Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam madu Sidr dilaporkan sebanyak 239.56mg/100g vitamin C, madu Sumur pula sebanyak 233.38mg/100g vitamin C,  manakala kebanyakan madu lain hanya mengandungi 3.07mg/100g hingga 3.16mg/100g Vitamin C. Ini membuktikan madu Sidr mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding madu lain.

Terdapat juga kajian tentang warna madu Sidr yang lebih gelap mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu yang cerah warnanya.Kandungan antioksidan yang tinggi, mampu melindungi sel sel tubuh dari teroksida, secara tidak langsung melindungi sel sel badan dari sebarang penyakit.

Rujukan:Polish Journal of Food and Nutrition Sciences 60(4):309-313.

Oleh sebab itu, tubuh memerlukan antioksidan untuk melawan kesan dari pendedahan radikal bebas tersebut. Beberapa zat yang memiliki sifat antioksidan adalah flavonoid, polifenol, beta karoten, lutein, likopen, selenium, zink, serta vitamin A, C, dan E yang hampir semuanya ada di dalam kandungan madu Sidr Yemen.

Bukti Kajian Perubatan

Beberapa kajian perubatan juga membuktikan bahawa Madu Sidr boleh merawat gastrik ulser dengan kandungan antioksida yang tinggi di dalamnya.

Rujukan:Tan PV, Nyasse B, Dimo T, Mezui C. Gastric cytoprotective anti-ulcer effects of the leaf methanol extract ofOcimum suave (Lamiaceae) in rats. Journal of ethnopharmacology 2002; 82(2): 69-74.

Ini menjadikan Madu Sidr dari Yemen, antara madu terbaik di dunia, kerana mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan di samping cara untuk mendapatkannya juga dilakukan secara tradisional dan organik.

Madu yang disarankan oleh ahli perubatan boleh didapati dalam pautan di bawah :

 



HUBBEE - Madu Sidr Asli Yaman

Copyright © All Rights Reserved.

error: Content is protected !!